Jangan Leka Dengan Tarikh Ini

Followers

Saturday 15 October 2011

Error Password




SUATU malam, Zali pergi ke sebuah kedai mamak untuk melayari internet. Kebetulan kat kedai mamat tu rupanya ada wifi. Free pula tu. Zali pun apa lagi, terus keluarkan lap topnya.
Zali : Mamak! Sini jap. Sini wifi punya password apa?
Mamak : Ooo… itu faswod kalu, manyak senang. Bos kasi taip itu ‘tujupakali’
Zali pun menaip perkataan ‘tujupakali’ lantas menekan enter. Tapi tak boleh! Password error! Zali bengang dengan lantas panggil mamak tadi sekali lagi.
Zali : Hey, mamak, ini password ada betul ka? Tengok sini error!
Mamak : Ayoyo bos, itu faswod saya kasi ada butul ( betul) juga. Musti (mesti) tulis itu ‘tujupakali’. Tak boleh! Salah punya!
Zali : Tak boleh masuklah! Itu password salah. You tengok sini saya kasi taip ‘tujupakali’. Saya tekan enter. Haa! Error! Tak boleh masuk. Apa macam? (mula bengang)
Mamak : Ayoyo bos, saya bagi tahu you kasi dengar butul-butul la. Saya cakap itu faswod ‘tujupakali’ juga. Itu dia punya tulis ini macam la, kasi tekan itu ‘seven’ punya nombor four times la bos. Baru butul! Ayoyo manyak susah mau faham bahasa punya orang ka!


Friday 14 October 2011

Penunggu Tandas


(Kisah ini dialami oleh rakan karibku...  di sebuah sekolah berasrama penuh....)
    Tandas asrama blok B memang sudah terkenal dengan keseramannya.  Ramai senior menceritakan perihal tandas itu kepada kami (junior).  Ada yang nampak kepala oranglah,  tangan berbululah,  dan bermacam-macam lagi.  Tapi aku sama sekali tidak percaya akan cerita-cerita karut itu.  Pada fikiranku cerita tersebut
sengaja direka-reka oleh pelajar senior untuk menakut-nakutkan kami.  Lagipun aku dibekalkan tangkal oleh nenekku.  Menurutnya,  kegunaan tangkal ini adalah untuk menghalau syaitan dan iblis.  Tetapi,  suatu peristiwa telah berlaku yang menyebabkan aku tidak mempercayai nenekku lagi.............

    Pada suatu malam,  aku belajar seorang diri di bilik study.  Kawan-kawanku yang lain semuanya sudah balik ke dorm masing-masing.  Oleh kerana aku memikirkan peperiksaan sudah dekat,  aku memilih untuk terus tinggal di bilik study.  Selepas beberapa jam,  aku mula berasa mengantuk.  Aku mengemas barang - barang dan naik ke dorm.  Sudah menjadi tabiatku,  sebelum tidur aku mesti menggosok gigi dan membuang air kecil.  Aku berjalan seorang diri masuk ke dalam tandas.  Tiba-tiba lampu seluruh blok asrama terpadam.

"Ah,  blackout!!,"gerutu hatiku.

    Apabila kakiku melangkah ke dalam tandas.  Aku dapat melihat kelibat tubuh orang sedang menggosok gigi di hadapan cermin.  Aku dengan ramahnya melemparkan senyum pada orang tersebut.
Sedang aku menggosok gigi,  aku terdengar bunyi yang ganjil datangnya daripada orang tersebut.  Aku mula berasa takut dan memandang orang itu dengan teliti.  Alangkah terkejutnya aku apabila melihat orang itu menggosok giginya dengan pisau dan mulutnya berlumuran darah!

    Aku terkejut.  Apa lagi,  tidak menunggu lama aku terus berlari meninggalkan tandas tersebut sambil menjerit.  Seluruh isi asrama terjaga.  Oleh kerana terlampau terkejut,  aku pengsan.  Apabila sedar,  didapati aku telah berada di dalam bilik rawatan asrama.  Aku menceritakan apa yang berlaku pada malam itu.  Semua kawan-kawanku tercengang dan melopong.

    Mulai dari malam itu,  aku berjanji pada diriku bahawa aku tidak akan belajar sehingga lewat malam lagi.
 

Saturday 8 October 2011

Pertanyaan Tentang Cinta Yang Perlu Anda Tahu


holding+hands Pertanyaan Tentang Cinta Yang Anda Perlu Tahu
“Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.

Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.


Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi

  
Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami … menarikmu mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerana itu bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA.

30 Fakta Facebook yang anda munking tidak tahu

fesbuk 30 Fakta Facebook yang anda mungkin tidak tahufacebuk+%25282%2529 30 Fakta Facebook yang anda mungkin tidak tahu

Sunday 2 October 2011

Shahir Tidak Menghilangkan Diri, Tapi Cuti Sakit


Shahir Tidak Menghilangkan Diri, Tapi Cuti Sakit

Shahir Tidak Menghilangkan Diri, Tapi Cuti Sakit

KUALA LUMPUR, 29 SEPTEMBER 2011: Juara Akademi Fantasia musim ke lapan, Ahmad Shahir Zawawi, 24 atau Shahir sekali lagi menolak dakwaan bahawa dirinya bukan sengaja menghilangkan diri dari dunia hiburan begitu sahaja sebaliknya memberitahu dia bercuti sakit.
Malah, sepanjang ketiadaanya selama hampir empat bulan itu, Shahir memberitahu dia mengambil cuti sakit selepas mengalami keretakan tulang tangan sebelah kiri, gara-gara insidennya terjatuh di bilik air ketika berada di kampungnya di Kampar, Perak. pada 4 Jun lalu.
Susulan daripada itu, Shahir berkata dia menerima nasihat daripada doktor untuk berehat sekurang-kurangnya selama dua bulan bagi memulihkan tangan kirinya yang retak itu.
Sehubungan itu, Shahir yang ditemui ketika rakaman Gempak Astro di Dewan Perdana Felda malam semalam berkata, dia menolak dakwaan dirinya sengaja menghilangkan diri kerana telahpunmemaklumkan kepada pihak pengurusannya Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) lebih awal.
"Saya pun tak minta kejadian ini menimpa saya. Insiden ini berlaku tanpa diduga. Nasib baik pihak pengurusan AESB memahaminya dan mereka juga membenarkan saya untuk rehat selama dua bulan.
"Selepas dua bulan berehat di kampung, saya telah bertemu dengan pihak AESB dan bertanyakan mengenai rancangan kerjaya seni saya. Alhamdulilah, kami sudah berbicang untuk menghasilkan album sulung saya.
"Jadi, saya harap tak timbul kata saya hilang tanpa pengetahuan pihak pengurusan. Pihak AESB pun terpaksa membatalkan segala aktiviti seni saya selama 3 bulan. Perrcayalah, saya tidak lari dairpada komitmen kerja tapi keadaan membuatkan saya terpaksa membatalkannya," jelasnya yang bakal kembali ke dunia hiburan seperti biasa selepas ini.
Apa yang pasti, kehilangan Shahir menimbulkan tanda tanya ramai pihak termasuk pihak media. Bahkan, sepanjang kehilangannya dari dunia hiburan, tidak pernah lekang cerita dan gosip mengenainya di media massa.
Selain namanya sering kali dikaitkan dengan artis jelita, Rozita Che Wan, dia turut dikaitkan dengan pemuzik, Sham Kamikaze yang dipercayai mengikut jejak langkah pemuzik berkenaan dengan terbabit majlis-majlis berkaitan keagamaan.
"Saya ada juga mendengar pelbagai cerita mengenai diri saya ketika ketiadaan saya. Namun saya ambilnya sebagai perkara yang positif. Gosip timbul kerana orang masih masih mengambil berat mengenari diri kita.
"Mengenai saya mengikut Sham Kamikaze itu tidak benar semata-mata. Selepas dua bulan bercuti di kampung, memang saya ada berjumpa dengan dia tetapi untuk membincangkan mengenai material bagi album sulung saya. Bukan mengikuti kumpulan dakwah seperti yang diperkatakan," jelasnya yang baru keluar dengan single ketiga berjudul Pendam.
Shahir yang kini dalam proses menurunkan berat badannya selepas mengalami kenaikan mendadak lebih 5 kilogram, bakal menjalani pengambaran untuk kulit albumnya menjelang Oktober ini.

Saturday 1 October 2011

Norman Hakim dan Memey Berseri di Malam 12 Juta


Norman Hakim dan Memey Berseri di Malam 12 Juta

Norman Hakim dan Memey Berseri di Malam 12 Juta






KUALA LUMPUR, 29 SEPTEMBER 2011: Hampir 200 tetamu undangan telah sama-sama memeriahkan majlis resepsi perkahwinan berkonsepkan ala New York bagi pasangan kontroversi Norman Hakim, 35 dan Memey Suhaiza,23 di Nirwana Ballroom, Hotel Crowne Plaza di sini malam tadi.
Lebih manis lagi apabila resepsi bernilai RM12 juta itu turut diraikan bersama-sama lebih 80 rakan artis popular dan tidak ketinggalan pereka kasut tersohor Professor Dato (Dr) Jimmy Choo serta selebriti chef terbaik dunia, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan.
Hadir sama menyemarakan acara iaitu tuan rumah merangkap penaja utama resepsi berkenaan, Winnie Sin bersama suami dari Rafflesia Pearls dan beberapa penaja utama lain dari Lords Tailor, Snips dan Nas Great Ideas.
Sekitar jam 8 malam, kedua mempelai telah masuk ke dalam dewan persandingan serba putih yang dihiasi bunga-bungaan mewangi sambil berlatar belakangkan muzik koir dendangan kumpulan anak muda dari Chorale Choir.
Kemunculan mereka semakin berseri apabila diiringi lapan pengapit yang terdiri daripada 4 selebriti lelaki iaitu Afiq Muiz, Fizz Fairuz, Didi Riyadi, Samuel Rizal dan tidak ketinggalan empat jelitawan Miera Liyana, Julia Zigler, Fathia serta Eina.
Norman Hakim ketika ditemui di Royal Suite, Hotel Crowne Plaza melahirkan rasa terharu apabila berpeluang meraikan hari bahagia berkenaan dalam suasana yang cukup indah.
"Ini adalah majlis persandingan ketiga sejak kami diijab kabulkan hujung minggu lalu. Sudah tentu setiap majlis mempunyai keistimewannya tersendiri.
"Menariknya di sini apabila kami ditempatkan di suite yang cukup mewah. Kalau selalu saya hanya dapat melihat situasi seperti di kebanyakan filem Hollywood, tapi kali ini kami sendiri telah merasainya dengan suasana cukup meriah," katanya.
Mereka telah selamat diijab kabulkan di kediaman pengantin perempuan di Felda Tenggaroh, Kota Tinggi, Johor pada 24 September lalu selepas melalui onak dan duri berhubung kisah kontroversi mereka berdua tidak lama dulu.
Aura seri kedua mempelai menyerlah dengan persalinan indah dari Rafflesia Pearl Gown, Vera Wang dan Lords Tailor serta tidak ketinggalan persembahan nyanyian istimewa menusuk sukma daripada Amanda Imani, Farhan dan Fauziah Latiff.
Sementara itu portal murai.com.my menerusi segmen Stailitsa telah bekerjasama dengan stesen TV Astro Awani untuk merakamkan detik manis persiapan di belakang tabir dan majlis permaidani merah persandingan bersejarah itu.

TeRbAik DrI lAdAnG