Jangan Leka Dengan Tarikh Ini

Followers

Saturday 1 October 2011

Norman Hakim dan Memey Berseri di Malam 12 Juta


Norman Hakim dan Memey Berseri di Malam 12 Juta

Norman Hakim dan Memey Berseri di Malam 12 Juta






KUALA LUMPUR, 29 SEPTEMBER 2011: Hampir 200 tetamu undangan telah sama-sama memeriahkan majlis resepsi perkahwinan berkonsepkan ala New York bagi pasangan kontroversi Norman Hakim, 35 dan Memey Suhaiza,23 di Nirwana Ballroom, Hotel Crowne Plaza di sini malam tadi.
Lebih manis lagi apabila resepsi bernilai RM12 juta itu turut diraikan bersama-sama lebih 80 rakan artis popular dan tidak ketinggalan pereka kasut tersohor Professor Dato (Dr) Jimmy Choo serta selebriti chef terbaik dunia, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan.
Hadir sama menyemarakan acara iaitu tuan rumah merangkap penaja utama resepsi berkenaan, Winnie Sin bersama suami dari Rafflesia Pearls dan beberapa penaja utama lain dari Lords Tailor, Snips dan Nas Great Ideas.
Sekitar jam 8 malam, kedua mempelai telah masuk ke dalam dewan persandingan serba putih yang dihiasi bunga-bungaan mewangi sambil berlatar belakangkan muzik koir dendangan kumpulan anak muda dari Chorale Choir.
Kemunculan mereka semakin berseri apabila diiringi lapan pengapit yang terdiri daripada 4 selebriti lelaki iaitu Afiq Muiz, Fizz Fairuz, Didi Riyadi, Samuel Rizal dan tidak ketinggalan empat jelitawan Miera Liyana, Julia Zigler, Fathia serta Eina.
Norman Hakim ketika ditemui di Royal Suite, Hotel Crowne Plaza melahirkan rasa terharu apabila berpeluang meraikan hari bahagia berkenaan dalam suasana yang cukup indah.
"Ini adalah majlis persandingan ketiga sejak kami diijab kabulkan hujung minggu lalu. Sudah tentu setiap majlis mempunyai keistimewannya tersendiri.
"Menariknya di sini apabila kami ditempatkan di suite yang cukup mewah. Kalau selalu saya hanya dapat melihat situasi seperti di kebanyakan filem Hollywood, tapi kali ini kami sendiri telah merasainya dengan suasana cukup meriah," katanya.
Mereka telah selamat diijab kabulkan di kediaman pengantin perempuan di Felda Tenggaroh, Kota Tinggi, Johor pada 24 September lalu selepas melalui onak dan duri berhubung kisah kontroversi mereka berdua tidak lama dulu.
Aura seri kedua mempelai menyerlah dengan persalinan indah dari Rafflesia Pearl Gown, Vera Wang dan Lords Tailor serta tidak ketinggalan persembahan nyanyian istimewa menusuk sukma daripada Amanda Imani, Farhan dan Fauziah Latiff.
Sementara itu portal murai.com.my menerusi segmen Stailitsa telah bekerjasama dengan stesen TV Astro Awani untuk merakamkan detik manis persiapan di belakang tabir dan majlis permaidani merah persandingan bersejarah itu.

No comments:

TeRbAik DrI lAdAnG