Jangan Leka Dengan Tarikh Ini

Followers

Saturday 15 October 2011

Error Password




SUATU malam, Zali pergi ke sebuah kedai mamak untuk melayari internet. Kebetulan kat kedai mamat tu rupanya ada wifi. Free pula tu. Zali pun apa lagi, terus keluarkan lap topnya.
Zali : Mamak! Sini jap. Sini wifi punya password apa?
Mamak : Ooo… itu faswod kalu, manyak senang. Bos kasi taip itu ‘tujupakali’
Zali pun menaip perkataan ‘tujupakali’ lantas menekan enter. Tapi tak boleh! Password error! Zali bengang dengan lantas panggil mamak tadi sekali lagi.
Zali : Hey, mamak, ini password ada betul ka? Tengok sini error!
Mamak : Ayoyo bos, itu faswod saya kasi ada butul ( betul) juga. Musti (mesti) tulis itu ‘tujupakali’. Tak boleh! Salah punya!
Zali : Tak boleh masuklah! Itu password salah. You tengok sini saya kasi taip ‘tujupakali’. Saya tekan enter. Haa! Error! Tak boleh masuk. Apa macam? (mula bengang)
Mamak : Ayoyo bos, saya bagi tahu you kasi dengar butul-butul la. Saya cakap itu faswod ‘tujupakali’ juga. Itu dia punya tulis ini macam la, kasi tekan itu ‘seven’ punya nombor four times la bos. Baru butul! Ayoyo manyak susah mau faham bahasa punya orang ka!


Friday 14 October 2011

Penunggu Tandas


(Kisah ini dialami oleh rakan karibku...  di sebuah sekolah berasrama penuh....)
    Tandas asrama blok B memang sudah terkenal dengan keseramannya.  Ramai senior menceritakan perihal tandas itu kepada kami (junior).  Ada yang nampak kepala oranglah,  tangan berbululah,  dan bermacam-macam lagi.  Tapi aku sama sekali tidak percaya akan cerita-cerita karut itu.  Pada fikiranku cerita tersebut
sengaja direka-reka oleh pelajar senior untuk menakut-nakutkan kami.  Lagipun aku dibekalkan tangkal oleh nenekku.  Menurutnya,  kegunaan tangkal ini adalah untuk menghalau syaitan dan iblis.  Tetapi,  suatu peristiwa telah berlaku yang menyebabkan aku tidak mempercayai nenekku lagi.............

    Pada suatu malam,  aku belajar seorang diri di bilik study.  Kawan-kawanku yang lain semuanya sudah balik ke dorm masing-masing.  Oleh kerana aku memikirkan peperiksaan sudah dekat,  aku memilih untuk terus tinggal di bilik study.  Selepas beberapa jam,  aku mula berasa mengantuk.  Aku mengemas barang - barang dan naik ke dorm.  Sudah menjadi tabiatku,  sebelum tidur aku mesti menggosok gigi dan membuang air kecil.  Aku berjalan seorang diri masuk ke dalam tandas.  Tiba-tiba lampu seluruh blok asrama terpadam.

"Ah,  blackout!!,"gerutu hatiku.

    Apabila kakiku melangkah ke dalam tandas.  Aku dapat melihat kelibat tubuh orang sedang menggosok gigi di hadapan cermin.  Aku dengan ramahnya melemparkan senyum pada orang tersebut.
Sedang aku menggosok gigi,  aku terdengar bunyi yang ganjil datangnya daripada orang tersebut.  Aku mula berasa takut dan memandang orang itu dengan teliti.  Alangkah terkejutnya aku apabila melihat orang itu menggosok giginya dengan pisau dan mulutnya berlumuran darah!

    Aku terkejut.  Apa lagi,  tidak menunggu lama aku terus berlari meninggalkan tandas tersebut sambil menjerit.  Seluruh isi asrama terjaga.  Oleh kerana terlampau terkejut,  aku pengsan.  Apabila sedar,  didapati aku telah berada di dalam bilik rawatan asrama.  Aku menceritakan apa yang berlaku pada malam itu.  Semua kawan-kawanku tercengang dan melopong.

    Mulai dari malam itu,  aku berjanji pada diriku bahawa aku tidak akan belajar sehingga lewat malam lagi.
 

Saturday 8 October 2011

Pertanyaan Tentang Cinta Yang Perlu Anda Tahu


holding+hands Pertanyaan Tentang Cinta Yang Anda Perlu Tahu
“Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.

Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.


Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi

  
Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami … menarikmu mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerana itu bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA.

30 Fakta Facebook yang anda munking tidak tahu

fesbuk 30 Fakta Facebook yang anda mungkin tidak tahufacebuk+%25282%2529 30 Fakta Facebook yang anda mungkin tidak tahu

Sunday 2 October 2011

Shahir Tidak Menghilangkan Diri, Tapi Cuti Sakit


Shahir Tidak Menghilangkan Diri, Tapi Cuti Sakit

Shahir Tidak Menghilangkan Diri, Tapi Cuti Sakit

KUALA LUMPUR, 29 SEPTEMBER 2011: Juara Akademi Fantasia musim ke lapan, Ahmad Shahir Zawawi, 24 atau Shahir sekali lagi menolak dakwaan bahawa dirinya bukan sengaja menghilangkan diri dari dunia hiburan begitu sahaja sebaliknya memberitahu dia bercuti sakit.
Malah, sepanjang ketiadaanya selama hampir empat bulan itu, Shahir memberitahu dia mengambil cuti sakit selepas mengalami keretakan tulang tangan sebelah kiri, gara-gara insidennya terjatuh di bilik air ketika berada di kampungnya di Kampar, Perak. pada 4 Jun lalu.
Susulan daripada itu, Shahir berkata dia menerima nasihat daripada doktor untuk berehat sekurang-kurangnya selama dua bulan bagi memulihkan tangan kirinya yang retak itu.
Sehubungan itu, Shahir yang ditemui ketika rakaman Gempak Astro di Dewan Perdana Felda malam semalam berkata, dia menolak dakwaan dirinya sengaja menghilangkan diri kerana telahpunmemaklumkan kepada pihak pengurusannya Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) lebih awal.
"Saya pun tak minta kejadian ini menimpa saya. Insiden ini berlaku tanpa diduga. Nasib baik pihak pengurusan AESB memahaminya dan mereka juga membenarkan saya untuk rehat selama dua bulan.
"Selepas dua bulan berehat di kampung, saya telah bertemu dengan pihak AESB dan bertanyakan mengenai rancangan kerjaya seni saya. Alhamdulilah, kami sudah berbicang untuk menghasilkan album sulung saya.
"Jadi, saya harap tak timbul kata saya hilang tanpa pengetahuan pihak pengurusan. Pihak AESB pun terpaksa membatalkan segala aktiviti seni saya selama 3 bulan. Perrcayalah, saya tidak lari dairpada komitmen kerja tapi keadaan membuatkan saya terpaksa membatalkannya," jelasnya yang bakal kembali ke dunia hiburan seperti biasa selepas ini.
Apa yang pasti, kehilangan Shahir menimbulkan tanda tanya ramai pihak termasuk pihak media. Bahkan, sepanjang kehilangannya dari dunia hiburan, tidak pernah lekang cerita dan gosip mengenainya di media massa.
Selain namanya sering kali dikaitkan dengan artis jelita, Rozita Che Wan, dia turut dikaitkan dengan pemuzik, Sham Kamikaze yang dipercayai mengikut jejak langkah pemuzik berkenaan dengan terbabit majlis-majlis berkaitan keagamaan.
"Saya ada juga mendengar pelbagai cerita mengenai diri saya ketika ketiadaan saya. Namun saya ambilnya sebagai perkara yang positif. Gosip timbul kerana orang masih masih mengambil berat mengenari diri kita.
"Mengenai saya mengikut Sham Kamikaze itu tidak benar semata-mata. Selepas dua bulan bercuti di kampung, memang saya ada berjumpa dengan dia tetapi untuk membincangkan mengenai material bagi album sulung saya. Bukan mengikuti kumpulan dakwah seperti yang diperkatakan," jelasnya yang baru keluar dengan single ketiga berjudul Pendam.
Shahir yang kini dalam proses menurunkan berat badannya selepas mengalami kenaikan mendadak lebih 5 kilogram, bakal menjalani pengambaran untuk kulit albumnya menjelang Oktober ini.

Saturday 1 October 2011

Norman Hakim dan Memey Berseri di Malam 12 Juta


Norman Hakim dan Memey Berseri di Malam 12 Juta

Norman Hakim dan Memey Berseri di Malam 12 Juta






KUALA LUMPUR, 29 SEPTEMBER 2011: Hampir 200 tetamu undangan telah sama-sama memeriahkan majlis resepsi perkahwinan berkonsepkan ala New York bagi pasangan kontroversi Norman Hakim, 35 dan Memey Suhaiza,23 di Nirwana Ballroom, Hotel Crowne Plaza di sini malam tadi.
Lebih manis lagi apabila resepsi bernilai RM12 juta itu turut diraikan bersama-sama lebih 80 rakan artis popular dan tidak ketinggalan pereka kasut tersohor Professor Dato (Dr) Jimmy Choo serta selebriti chef terbaik dunia, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan.
Hadir sama menyemarakan acara iaitu tuan rumah merangkap penaja utama resepsi berkenaan, Winnie Sin bersama suami dari Rafflesia Pearls dan beberapa penaja utama lain dari Lords Tailor, Snips dan Nas Great Ideas.
Sekitar jam 8 malam, kedua mempelai telah masuk ke dalam dewan persandingan serba putih yang dihiasi bunga-bungaan mewangi sambil berlatar belakangkan muzik koir dendangan kumpulan anak muda dari Chorale Choir.
Kemunculan mereka semakin berseri apabila diiringi lapan pengapit yang terdiri daripada 4 selebriti lelaki iaitu Afiq Muiz, Fizz Fairuz, Didi Riyadi, Samuel Rizal dan tidak ketinggalan empat jelitawan Miera Liyana, Julia Zigler, Fathia serta Eina.
Norman Hakim ketika ditemui di Royal Suite, Hotel Crowne Plaza melahirkan rasa terharu apabila berpeluang meraikan hari bahagia berkenaan dalam suasana yang cukup indah.
"Ini adalah majlis persandingan ketiga sejak kami diijab kabulkan hujung minggu lalu. Sudah tentu setiap majlis mempunyai keistimewannya tersendiri.
"Menariknya di sini apabila kami ditempatkan di suite yang cukup mewah. Kalau selalu saya hanya dapat melihat situasi seperti di kebanyakan filem Hollywood, tapi kali ini kami sendiri telah merasainya dengan suasana cukup meriah," katanya.
Mereka telah selamat diijab kabulkan di kediaman pengantin perempuan di Felda Tenggaroh, Kota Tinggi, Johor pada 24 September lalu selepas melalui onak dan duri berhubung kisah kontroversi mereka berdua tidak lama dulu.
Aura seri kedua mempelai menyerlah dengan persalinan indah dari Rafflesia Pearl Gown, Vera Wang dan Lords Tailor serta tidak ketinggalan persembahan nyanyian istimewa menusuk sukma daripada Amanda Imani, Farhan dan Fauziah Latiff.
Sementara itu portal murai.com.my menerusi segmen Stailitsa telah bekerjasama dengan stesen TV Astro Awani untuk merakamkan detik manis persiapan di belakang tabir dan majlis permaidani merah persandingan bersejarah itu.

Friday 30 September 2011

Dua Kali Lafaz, Nabil Raja Lawak Sah Nikahi Nazira


Dua Kali Lafaz, Nabil Raja Lawak Sah Nikahi Nazira

Dua Kali Lafaz, Nabil Raja Lawak Sah Nikahi Nazira
PUTRAJAYA, 30 SEPTEMBER 2011: Dengan dua kali lafaz, pelawak dan pelakon Ahmad Nabil Ahmad, 28, atau Nabil Raja Lawak sah menikahi bekas pramugari AirAsia, Nazirah Ayub, 23, yang diijabkabulkan di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya, kira-kira jam 5.15 petang tadi.
Pasangan yang masing-masing sedondon mengenakan busana putih itu dinikahi oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Putrajaya, Ustaz Mohd Redha Ahmad berwalikan bapa kepada pengantin perempuan Ayub Hassan.
Nazirah yang kemudiannya bersalaman dan menerima kucupan mesra di dahi juga telah menerima sebntuk cincin bertahtakan berlian ke jari manisnya oleh Nabil Raja Lawak bagi melengkapi upacara membatalkan air sembahyang pada petang tadi.
Pihak perempuan yang menerima mas kahwin secara tunai sebanyak RM300 dan tujuh dulang hantaran turut membalas juga lima dulang hantaran kepada pihak lelaki.
Tujuh dulang hantaran yang diterima oleh pihak perempuan termasuk wang hantaran sebanyak RM15 000 dan barang-barang lain seperti kasut, tepak sirih, playbook, alat solek, telekung dan set wangian.
Manakala pihak lelaki menerima hantaran balas seperti cokelat, kasut, PlayStation 3, Ipad, cupcakes,sejadah, cincin dan buah-buahan.
Pada majlis tersebut, Nazirah anggun mengayakan busana kurung moden rekaan Wazira Zainal. Mempelai juga nampak anggun ketika duduk di pelamin rekaan Persada Embun
Detik bersejarah pasangan ini disaksikan kira-kira 200 tetamu termasuk ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta kenalan rapat mereka. Antara artis yang hadir adalah Jaclyn Victor dan Sharifah Shahira serta suami.
Pasangan ini akan diraikan dalam majlis resepsi pada 2 Oktober ini di I-City, Shah Alam dengan tema fairy tales. Majlis itu dijangka akan menerima jemputan berjumlah 1,500 orang dan dikatakan menelan belanja sekitar RM150,000.

Kamal Adli, Intan Ladyana Bosan Disoal Tentang Kawin


Kamal Adli, Intan Ladyana Bosan Disoal Tentang Kahwin?

Kamal Adli, Intan Ladyana Bosan Disoal Tentang Kahwin?

Teks oleh Razif Rosdi
Foto oleh Mazlan Yunos Photography
KUALA LUMPUR, 6 SEPT 2011: Menghitung hubungan cinta yang terjalin di antara pelakon kacak, Kamal Adli bersama pelakon jelita, Intan Ladyana ia bukanlah satu tempoh yang agak singkat dan sekejap. Malah, sedar tak sedar, sudah 2 tahun lebih mereka melayari kehidupan sebagai loving couple.
Dek kerana itu jua, mereka kerap saja dilemparkan tentang persoalan mengenai pertunangan atau pun perkahwinan. Malah, apabila selebriti lain sibuk berkongsi cerita mengenai sambutan Aidilfitri tahun ini, mereka pula diajukan bermacam soalan tentang hubungan mereka selanjutnya.
Antaranya, benarkah mereka akan mengikat tali pertunangan pada Syawal ini.
Kamal Adli bagaimanapun telah menafikan sekeras-kerasnya tentang hal berkenaan. Malah, dia menyifatkan ianya soalan tersebut sengaja diajukan pihak media terhadap mereka berdua untuk memancing jawapan.
"Tak ada pun. Ini saja reka-reka cerita ye? Terus-terang kami belum ke arah itu lagi dan itu hanya gosip semata-mata. Lagi pun, kami berdua memang sangat sibuk. Saya dengan jadual shooting saya, begitu juga dengan Intan.
"Pun begitu, saya akui, hubungan kami dah diketahui keluarga dan masing-masing pun sudah pun jumpa orang tua masing-masing," ujar Kamal.
Menyokong pendapat Kamal Adli, Intan Ladyana pula ada jawapan tersendiri.
"Bosanlah dengan soalan ini. Setiap kali berjumpa dengan media, memang saya sering saja ditanya soalan begini. Baik bertunang atau pun berkahwin. Namun, apa yang boleh saya katakan, semua masih belum ada apa-apa perancangan lagi. Lagi pula, pada kebiasaannya, bila jadual saya free, jadual Kamal pula tak free.
"Jadi, kami pun tak sempat serta tiada masa nak berbincang tentang hal kahwin. Insya-Allah, bila ada nanti kami akan kongsikan bersama. Saya pun selagi target saya dalam karier belum tercapai, saya akan teruskan perjuangan saya," ujar Intan.
Menyentuh mengenai lakonan pula, pasangan ini sering saja dapat tawaran berlakon namun kebanyakkan filem dan drama tersebut kurang mendapat sambutan. Lantas, ada pula mengkategorikan lakonan ini sebagai lakonan biasa-biasa saja dan tidak meninggalkan kesan langsung pada penonton.
"Sebagai pelakon, saya dah buat kerja saya. Apa yang pengarah mahu saya buat, saya cuba lakukan sebagus mungkin . Mungkin setakat ini masih belum ada tuah untuk saya. Pun begitu, selagi orang mahukan saya berlakon, selagi itu saya akan terus bekerja dan memberikan yang terbaik.
"Tentang kejayaan Shaheizy Sam pula, saya tak pernah cemburu dan merasa bangga dengan pencapaiannya. Saya pun berkawan rapat dengan dia. Jadi, saya tidak ada masalah dengan dia. Oleh itu, tiada istilah cemburu dengan apa yang diperolehnya," kata Kamal Adli.
Menjelaskan lebih terperinci akan hal ini, Intan Ladyana ada hujah dan jawapan yang bagus. Dia turut menjawab isu cemburu dengan pencapaian Shaheizy Sam.
"Sebenarnya, tak banyak orang tahu, kejayaan sesebuah filem itu tidaklah bergantung kepada barisan pelakonnya saja. Ia meliputi seluruh warga kerja produksi seperti pengarah, pemasaran dan macam-macam lagi. Dari segi cemburu itu, saya rasa tak perlulah kot.
"Sebab itu semua terpulang kepada rezeki.Masing-masing dikurniakan rezeki masing-masing. Memang tidak dapat dinafikan, setiap filem Sam mendapat box office dan begitu jua dengan popularitinya. Apapun, orang lain pun ada dapat apa yang Sam dapat. Jadi, tidak baiklah kiranya kalau kita cakap hanya Sam saja mendapat luck dalam filem atau pun drama lakonannya," jelas Intan.

Thursday 29 September 2011

Najwa Latif: Cinta Muka Buku Tidak Menghina Tuhan


Najwa Latif: Cinta Muka Buku Tidak Menghina Tuhan

Najwa Latif: Cinta Muka Buku Tidak Menghina Tuhan

KUALA LUMPUR, 28 SEPT 2011: Penyanyi muda, Najwa Latif, 16, yang baru menempa namanya dengan lagu Cinta Muka Buku telah didakwa menghina Tuhan menerusi lirik yang dinyanyikan dalam lagu tersebut.
Semuanya gara-gara karana sebaris lirik dalam lagu itu yang berbunyi: 'itulah cinta yang satu, cinta di muka buku' yang ditulis oleh kakaknya, Syafika Latif,22. Di sebabkan sebaris lirik tersebut, Najwa Latif telah dikritik oleh beberapa pihak termasuk pengunjung laman Youtube yang menonton video muziknya. .
Rata-ratanya tidak bersetuju dengan lirik yang dinyanyikan anak kelahiran Batu Pahat Johor ini kerana ia seolah-oleh telah menghina Tuhan dan mereka berpendapat cinta yang satu hanyalah pada Allah bukan kekasih.
Namun, Najwa Latif ketika dihubungi murai.com.my sekeras-kerasnya menepis dakwaan tersebut kerana dia memberitahu lirik yang ditulis itu tidak bermaksud demikian, sebaliknya apa yang cuba disampaikannya itu adalah cinta sesama manusia.
"Pertama sekali terus-terang saya dan kakak memang tiada niat untuk menduakan Tuhan menerusi lirik yang ditulisnya dan dinyanyikan oleh saya itu. Sebagai orang Islam saya tahu cinta yang agung itu hanyalah kepada Allah.
"Tetapi apa yang saya faham, yang dimaksudkan oleh kakak saya dengan lirik tersebut adalah cinta sesama manusia yang kekal hingga ke akhir hayat. Dengan maksud lain, satu-satunya cinta kekasih yang kekal hingga membawa kepada perkahwinan.
"Yelah, lagipun saya pernah dengar banyak kisah orang yang bercinta dan kenal kekasih dalam facebook kekal hingga ke jinjang pelamin.
"Tambahan pula, orang tidak boleh kaitkan lagu ini dengan Tuhan kerana lagu ini pun mengenai cinta muka buku bukan cinta pada Allah. Jadi di situ maksudnya sudah jelas," katanya yang tidak akan mengambil tindakan untuk menukarkan lirik tersebut.
Tambah Najwa lagi, dia yakin tidak semua pihak akan suka dengan apa yang dilakukan. Oleh sebab itu dia juga tidak pernah mengendahkan page Najwalatif Haters yang pernah wujud sebelum ini.
"Sehingga kini saya tak pasti siapa yang mewujudkan laman membenci saya di facebook. Bila saya dapat tahu mengenai perkara tersebut saya terus meminta nasihat ibu bapa saya.
"Mereka nasihatkan saya suapaya terima sahaja penerimaan orang kerana tidak semua orang sukakan diri dan cara kita. Bagaimanapun saya bersyukur kerana laman tersebut telah pun dihapuskan," tambah pelajar tingkatan 4 SMK Perempuan Temenggong Ibrahim Batu Pahat, Johor.
Apa yang pasti, Najwa yang mula popular lagu tersebut menerusi laman Youtube kini telah mengikat kontrak selama dua tahun bersama NAR Records sejak Mac lalu.
"Saya bersyukur kerana NAR Records nampak bakat saya. Mereka yang melihat bakat saya dalam laman Youtube pada Mac lalu terus memanggil saya untuk diujibakat. Kemudian mereka setuju untuk mengambil saya sebagai penyanyi di bawah syarikat mereka.
"Selepas mereka berjaya menonjolkan lagu Cinta Muka Buka, kami kini dalam proses untuk single kedua saya yangt berjudul Carta Hati. Single kedua dijangka akan keluar pada akhir tahun ini atau awal tahun hadapan," jelasnya yang bakal memperlahankan aktiviti seninya mulai tahun hadapan demi menumpukan perhatian pada Sijil Pelajaran Malaysia yang akan didudukinya.
Berikut merupakan lirik penuh Cinta Muka Buku nyanyian Najwa Latif:
Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar petanda suruh aku terima kamu
ooh.. Hati ku rasa sesuatu..
Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
oohh.. Kenakah rasa itu..
Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta
Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu Oooo...
Ini cinta remajaku
Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo...
Itulah cinta yang satu, cinta di muka buku..
Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata cinta
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta
Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
Pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo
Itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku

Wednesday 28 September 2011

Hari peperangan semakin hampir

PMR tinggal lagi beberapa hary lagii haty aq dah mula rasa tak menentu…. Tp aq dikira bertuah cbb aq time nk exam niew aq dah mula lupa kn semua nya dan aq tak ingan semua yangdah berlaku pada hidup aq yg lalu… aq sekarang tidak perlu piker kn pasal perempuan yg aq saying cbb aq akan buat tak tahu jew pada suma perempuan dan aq akan angap diaorang semua seperti kawan yg pling rapat. Tetapi aq paling meluat dengan orang yang hanya perlukn kita bila dia susah sahaja, bila dia senang dia lupa kita nk buat mcm mnew denganowang mcm niew,,,, hary ni ialah hary terakhir kem ang diadakan di sekolah aq dan kem ini jugak dapat membantu aq dan rakan2 yang lain dalam PMR… kami semua akan menduduki peperiksaan ini pada 4.10.2011… dan tolong doa kn kami agar dapat melakukan nya di waktu peperiksaan itu,,,,

” If you can survive, you must remember that I love you.”

salam.

sekarang ni sgt jarang nk update blog...
nk cakap busy, aku mmg  xbusy, org laen myb..HAHA..
nk cakap malas, hmm..boleh la...
sbb xde bnde nk taip merepek2 merapu meraban..
so, skg aku just nk share bnde yg aku jumpe kt FB...
oh, menyayat!
..........................................................................................

This is a true story of Mother’s Sacrifice during the Japan Earthquake.
After the Earthquake had subsided, when the rescuers reached the ruins of a young woman’s house, they saw her dead body through the cracks. But her pose was somehow strange that she knelt on her knees like a person was worshiping; her body was leaning forward, and her two hands were supporting by an object. The collapsed house had crashed her back and her head.

With so many difficulties, the leader of the rescuer team put his hand through a narrow gap on the wall to reach the woman’s body. He was hoping that this woman could be still alive. However, the cold and stiff body told him that she had passed away for sure.
He and the rest of the team left this house and were going to search the next collapsed building. For some reasons, the team leader was driven by a compelling force to go back to the ruin house of the dead woman. Again, he knelt down and used his had through the narrow cracks to search the little space under the dead body. Suddenly, he screamed with excitement,” A child! There is a child! “
The whole team worked together; carefully they removed the piles of ruined objects around the dead woman. There was a 3 months old little boy wrapped in a flowery blanket under his mother’s dead body. Obviously, the woman had made an ultimate sacrifice for saving her son. When her house was falling, she used her body to make a cover to protect her son. The little boy was still sleeping peacefully when the team leader picked him up.
The medical doctor came quickly to exam the little boy. After he opened the blanket, he saw a cell phone inside the blanket. There was a text message on the screen. It said,” If you can survive, you must remember that I love you.” This cell phone was passing around from one hand to another. Every body that read the message wept. ” If you can survive, you must remember that I love you.” Such is the mother’s love for her child!!
.....................................................................................

oh its different right? for more different unexpected real pictures.
like this page on FB : its different

p/s : lagi seminggu ek? btol ke ni? haish...sabor je la ye...JPA oh JPA...

Friday 23 September 2011

mmg PeNat gila

Mmg terbaik la hari ni dan kelmarin…. Hari ni aq mulakn career aq sebagai seorang cycle… aq denga 2 owang lg member aq kmi pergi telah berbasikal dari bedong kew sungai petani dengan masa tidak lebih dari 30 minit….. aq nk cakap apa2 pow aq dah tak tau penat cngat… hary pertama aq ngan kedua kmi berbasika mmg penat ark jd aq nk cita pow da penat.. bkn tak nk update blog ngan kongsi cerita ngan kowang sua aq hary niew mg penat cngat… hik hik hik sorry k aq nk tunjuk gmbq sebagai bukti aq g basikal nnt kowang kta aq tipu plak…. Ngan aq rancang nk buat clu cpa yg ada basikal fixie ngan mountain bike follow la blog niew atau fb aq











Tuesday 20 September 2011

KENANGAN DI PERKHEMAHAN DAERAH KRS 2011


PASUKAN YANG MEMENANGI ACARA:-
1.PESERTA LELAKI TERBAIK
2.JOHAN PERTANDINGAN MERENTAS HALANGAN
3. NAIB JOHAN PERTANDINGAN JALAN LAJU
4.NAIB JOHAN PERTANDINGAN KAWAD KAKI
5.KUMPULAN TERBAIK KESELURUHAN


KENANGAN KUMPULAN 20





KENANGAN DI KEM
 MALAM PERTAMA BUAT PERJUMPAAN RMAI YG MENGANTOK


 TIME MAKAN LAJU JEW BILA SURUH KAWAT SAKIT KAKI


 FASI2 DAH BERSIAP UNTUK BERJALAN LAJU. TAPI DIAORANG NAIK BASIKAL


 LEPAS KAWAT KNA MAKAN,
LPS MAKAN KNA SEMBHYG HAHAHA


 KASI RENJAK SIKIT FASI KITA NK ANGKAT TNGAN TUE TAK NMPAK


 WAHH!!! FASI KITA JD MODEL LA PLAK HEHEHE...



 KOWANG NMPK TAK DA 2 OWANG BUDAK LAKI TUE..
KALO KOLAH KOWANG DA ILANG MAKANAN DYOWANG PNYA KEJA LA


 KUMPULAN INI JOHAN DALAM PERTANDINGAN PANDU ARAH



 BERATUR TIME NK MAKAN


 KUMPULAN INI RAMAH DAN MESRA


 JNGAN MAKAN BNYAK2 NNT PERUT KEMBUNG PYH NK TURUN TAPAK KAWAT



 PTT LA BIL AIR KT KEM KNA POTONG DA OWANG CURI AIR RUPANYA



 FASI KITA MASAK MMG SEDP A WALAU PUN TAK RASA
 KOLAH NIEW ADA DAVID VILLA
 NI KALO BNCUH AIR MMG MANIS LA BOLEY BUAT OWANG KNCING MANIS OOOWWW
 KONTROL2


 NI LA PENYAMUN2 YG SUKA CURI MAKANAN MUKA BKN TAU MALU



 BARISAN FASI SUMA HENSOME NGAN COMEL2


 HARY LAST DA NK BLIK DATU YG OWANG CIKIT JEW


 GURU2 SEKOLAH
 BUAL BAB APA LATUE BKN NK JAK



MEH NK SALAM


SALAM SEMUA DI ATAS HANYA GURAUAN DAN SEBAGAI KENANGAN KITA SEMASA DI PERKHEMAHAN DAERAH KMY... KALAU ADA CILAP DAN SALAH HARAP DIMAAF KN TERIMA LA INI SEBAGAI KENANGAN KITA SEMUA AHI KRS...

KALAU ADA SUMUR DI LADANG,
BOLEHLAH KITA BERTUMPANG MANDI,
KALAU LAH ADA UMUR YANG PANJANG,
BOLEH LA KITA BERJUMPA LAGI,

SEKIAN, TERIMA KASIH,,.....^_^

Monday 19 September 2011

KRS S.M.K.T.I TERBAIK


                               WAH BESARNYA HEMPER MEH BG CNI CKIT

                 
                                        DARI KANAN CEPAT JALAN



                       AIII TNGOK MCM BERAT JEW HAHAHA

                             MODEL KRS KOLAH TUNKU ISMAIL


                         KIRI..... KANAN...... KIRI..... KANAN......


                                 NMPAK MCM SEJUK JEW



 TERBAIK DARI KRS


HORMAT..... HORMAT KE KANAN HORMAT



ASSALAMUALAIKUM KEPADA SEMUA AHLI KRS UNKU ISMAIL SEMUA YANG SAYA TULIS DI ATAS INI HANYALAH GURAUAN DAN SEMOGA IKATAN KITA SEBAGAI AHLI KRS AKAN TERUS BERSAMA HINGGA AKHIR HAYAT APA2 TERBAIK LA KRS TUNKU ISMAIL... WASSALAM

TeRbAik DrI lAdAnG