Jangan Leka Dengan Tarikh Ini

Followers

Sunday 2 October 2011

Shahir Tidak Menghilangkan Diri, Tapi Cuti Sakit


Shahir Tidak Menghilangkan Diri, Tapi Cuti Sakit

Shahir Tidak Menghilangkan Diri, Tapi Cuti Sakit

KUALA LUMPUR, 29 SEPTEMBER 2011: Juara Akademi Fantasia musim ke lapan, Ahmad Shahir Zawawi, 24 atau Shahir sekali lagi menolak dakwaan bahawa dirinya bukan sengaja menghilangkan diri dari dunia hiburan begitu sahaja sebaliknya memberitahu dia bercuti sakit.
Malah, sepanjang ketiadaanya selama hampir empat bulan itu, Shahir memberitahu dia mengambil cuti sakit selepas mengalami keretakan tulang tangan sebelah kiri, gara-gara insidennya terjatuh di bilik air ketika berada di kampungnya di Kampar, Perak. pada 4 Jun lalu.
Susulan daripada itu, Shahir berkata dia menerima nasihat daripada doktor untuk berehat sekurang-kurangnya selama dua bulan bagi memulihkan tangan kirinya yang retak itu.
Sehubungan itu, Shahir yang ditemui ketika rakaman Gempak Astro di Dewan Perdana Felda malam semalam berkata, dia menolak dakwaan dirinya sengaja menghilangkan diri kerana telahpunmemaklumkan kepada pihak pengurusannya Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) lebih awal.
"Saya pun tak minta kejadian ini menimpa saya. Insiden ini berlaku tanpa diduga. Nasib baik pihak pengurusan AESB memahaminya dan mereka juga membenarkan saya untuk rehat selama dua bulan.
"Selepas dua bulan berehat di kampung, saya telah bertemu dengan pihak AESB dan bertanyakan mengenai rancangan kerjaya seni saya. Alhamdulilah, kami sudah berbicang untuk menghasilkan album sulung saya.
"Jadi, saya harap tak timbul kata saya hilang tanpa pengetahuan pihak pengurusan. Pihak AESB pun terpaksa membatalkan segala aktiviti seni saya selama 3 bulan. Perrcayalah, saya tidak lari dairpada komitmen kerja tapi keadaan membuatkan saya terpaksa membatalkannya," jelasnya yang bakal kembali ke dunia hiburan seperti biasa selepas ini.
Apa yang pasti, kehilangan Shahir menimbulkan tanda tanya ramai pihak termasuk pihak media. Bahkan, sepanjang kehilangannya dari dunia hiburan, tidak pernah lekang cerita dan gosip mengenainya di media massa.
Selain namanya sering kali dikaitkan dengan artis jelita, Rozita Che Wan, dia turut dikaitkan dengan pemuzik, Sham Kamikaze yang dipercayai mengikut jejak langkah pemuzik berkenaan dengan terbabit majlis-majlis berkaitan keagamaan.
"Saya ada juga mendengar pelbagai cerita mengenai diri saya ketika ketiadaan saya. Namun saya ambilnya sebagai perkara yang positif. Gosip timbul kerana orang masih masih mengambil berat mengenari diri kita.
"Mengenai saya mengikut Sham Kamikaze itu tidak benar semata-mata. Selepas dua bulan bercuti di kampung, memang saya ada berjumpa dengan dia tetapi untuk membincangkan mengenai material bagi album sulung saya. Bukan mengikuti kumpulan dakwah seperti yang diperkatakan," jelasnya yang baru keluar dengan single ketiga berjudul Pendam.
Shahir yang kini dalam proses menurunkan berat badannya selepas mengalami kenaikan mendadak lebih 5 kilogram, bakal menjalani pengambaran untuk kulit albumnya menjelang Oktober ini.

No comments:

TeRbAik DrI lAdAnG